Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan

Hasrat Felda United untuk menggunakan bekas penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme nampaknya tidak kesampaian apabila pemain untuk meletakkan harga terlalu tinggi.

Perkara itu didedahkan jurulatih skuad The Fighters, B Sathianathan sekali gus menafikan keingginan Dickson untuk beraksi sekali lagi di liga Malaysia.

Enggan mendedahkan nilai sebenar yang diminta pemain kelahiran Nigeria itu, menurutnya, dalam rundingan yang dijalankan, pemain itu meletakkan harga terlampau mahal yang tidak mampu ditunaikan Felda United.

"Untuk kita di Felda United, Dickson terlampau mahal sangat. Dia nak (bermain) balik ke sini tapi kita tidak mampu.

"Susah nak cakap (nilai yang diminta Dickson), nanti dia kata dia tidak sebut angka itu. Jadi biarlah rahsia,” katanya kepada media selepas aksi persahabatan dengan skuad bawah 22 tahun (B-22) di Kelana Jaya, malam Selasa.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga dilaporkan menolak permintaan Nwakaeme yang mahukan gaji melebihi RM400,000 sebulan.

Nwakaeme mula mencipta nama dalam kancah bola sepak Malaysia dengan menyertai Kelantan pada 2013 sebelum berhijrah ke Pahang pada 2014.

Sementara itu, Sathianathan turut mengesahkan Thiago Augusto Fernandes sah kembali ke pangkuan pasukan berstatus kelab itu bagi menggantikan pemain import yang akan digugurkan.

Tambahnya, Felda United nekad untuk memburu sekurang-kurang kedudukan keempat terbaik dalam saingan Liga Super 2017 di samping layak ke perlawanan akhir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS