Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Ronaldo paling kaya, Messi ketiga
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 3:19 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Cristiano Ronaldo ternyata terus mendominasi kedudukan ahli sukan terkaya di dunia dengan pendapatan tertinggi bagi tempoh setahun.

Sehingga 1 Jun 2017, bintang bola sepak Portugal itu meraih pendapatan AS$93 juta (RM396.5 juta) dalam tempoh setahun bermula Jun tahun lalu, lapor majalah Forbes.

Penyerang berbisa itu baru saja membawa kelab Real Madrid meraih kejuaraan Liga Juara-jura untuk dua tahun berturut-turut pada perlawanan akhir menentang Juventus, 4 Jun lalu.

Kejayaan itu dilaporkan Ronaldo memperolehi gaji bernilai AS$58 juta dan tajaan bernilai AS$35 juta.

Pendapatan itu sekali gus mengatasi bintang bola kerajang, Lebron James yang meraih AS$86.2 juta setahun.

Sementara itu, pesaing terdekat Ronaldo di kancah bola sepak, Lionel Messi berada pada kedudukan ketiga dengan hasil pendapatan AS$80 juta bagi tempoh yang sama.

Dalam senarai 10 atlet terkaya di dunia, hanya nama Ronaldo dan Messi sahaja pemain bola sepak berada dalam senarai tersebut.

Selain itu, ia melibatkan tokoh sukan lain seperti pemain tenis, Roger Federer dan jaguh litar, Lewi Hamilton.

 

Senarai 10 atlet terkaya di dunia:

1. Cristiano Ronaldo - As$93 juta (RM396.5 juta)

2. LeBron James - AS$86.2 juta (RM367.5 juta)

3. Lionel Messi - AS$80 juta (RM341 juta)

4. Roger Federer - AS$62 juta (RM264 juta)

5. Kevin Durant - AS$60.6 juta (RM258 juta)

6. Andrew Luck - AS$50 juta (RM213 juta)

6. Rory McIlroy - AS$50 juta (RM213 juta)

8. Stephen Curry - AS$47.3 juta (RM201.7 juta)

9. James Harden - AS$46.6 juta (RM198.7 juta)

10. Lewis Hamilton - AS$46 juta (RM196 juta)

Lihat Komen
ADS