Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Ahmad Razif bagi amaran pada pemain skuad Penyu
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 8:18 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

"Pamerkan prestasi memberangsangkan atau ditamatkan kontrak", itu kata dua diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada pemain yang gagal menampilkan aksi berkualiti musim ini.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sedemikian bagi memastikan pasukan terus cemerlang dalam setiap perlawanan, terutama setelah Ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim bakal membuat perubahan besar terhadap pasukan tidak lama lagi.

"Kita harapkan satu impak yang menarik serta tidak menghampakan kerana kita telah membuat pelaburan yang besar dalam bola sepak dengan pengambilan pemain baharu dan sebagainya.

"Selain itu. perubahan yang dilaksanakan ini juga diharap tidak menghampakan peminat bola sepak kerana kita mempuyai penyokong yang ramai dan mereka juga sangat bersemangat," katanya kepada pemberita di Kuala Nerus hari ini.

Difahamkan skuad penyu telah menyambar dua pemain import - kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre dan Gabriel Davis Dos Santos dari Brazil - bagi menggantikan dua pemain import sedia ada, pemain tengah Lutffula Turaev dan penyerang Federico Falcone yang digugurkan.

Terengganu yang beraksi dalam Liga Perdana kini menghuni tangga kedua selepas mengumpul 27 mata menerusi 13 perlawanan dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga Negeri Sembilan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS