Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pakai jersi Barcelona boleh dipenjara 15 tahun
Diterbitkan:  Jun 9, 2017 3:14 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Konflik hubungan diplomatik antara tujuh negara Timur Tengah dan Qatar ternyata turut terbias kepada kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Barcelona.

Penyokong kelab yang ditaja Qatar Aiways itu perlu berwaspada sekiranya berkunjung ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Mengikut laporan The Sun, UAE tidak membenarkan seseorang untuk menonjolkan sebarang bentuk perkara yang mempunyai kaitan dengan Qatar di negara itu.

Jika tertangkap, pelaku boleh dikenakan denda £110,000 (RM594,228) atau penjara selama 15 tahun.

Ia bermaksud, jika seseorang memakai jersi Barcelona yang tertera tulisan Qatar Airways akan berpotensi berdepan hukuman tersebut.

Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi dan sekutunya – UAE, Bahrain, Mesir, Yaman, Libya dan Maldives membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Ia susulan dakwaan Doha terlibat dengan kegiatan keganasan kerana mendukung Ikhwanul Muslimin, pergerakan paling tua dan berpengaruh dalam dunia Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan syarikat penerbangan itu dilaporkan tidak meneruskan tajaannya untuk Barcelona pada musim depan.

Skuad Blaugrana dilaporkan sudah mengikat kontrak tajaan baru dengan satu syarikat perniagaan dari Jepun, Rakuten.

Lihat Komen
ADS