Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
TMJ dapat undangan dari Chelsea
Diterbitkan:  Jun 28, 2017 5:10 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Pemilik kelab JDT yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat undangan istimewa daripada kelab gergasi England, Chelsea bagi menyaksikan perlawanan membabitkan juara Liga Perdana Inggeris itu dalam International Champions Cup.

Kelab bimbingan Antonio Conte itu bakal berdepan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich, pada aksi di Stadium Nasional, Singapura pada 25 Julai ini.

"Ini adalah satu inisiatif bagi kedua-dua pihak untuk merapatkan hubungan antara Chelsea dan JDT bagi projek-projek pembangunan bola sepak pada masa akan datang.

"Surat ini juga telah membuktikan bahawa misi dan visi DYAM Tunku Mahkota Johor sebelum ini yang mahukan JDT dikenali dunia tetap diteruskan," kata kelab itu melalui kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Chelsea merupakan satu kelab yang tidak asing di persada sukan bola sepak dunia yang melahirkan ramai bintang antaranya John Terry, Frank Lampard, Didier Drogba, Michael Essien dan Eden Hazard.

Skuad The Blues itu sudah merangkul pelbagai kejuaraan di peringkat antarabangsa termasuk Liga Juara-juara Eropah.

Kelab yang bertapak di Stamford Bridge, London itu pernah beraksi di negara ini pada 2013 dalam aksi persahabatan menentang pasukan Pilihan Malaysia.

Sementara itu, JDT sebelum ini telah mengadakan hubungan luar dengan beberapa kelab Eropah seperti Borussia Dortmund, Valencia dan kelab dari Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo.

"Surat (jemputan) ini juga telah membuktikan bahawa misi dan visi Tunku Ismail sebelum ini yang mahukan JDT dikenali dunia tetap diteruskan.

"Ia adalah satu perkara yang positif apabila JDT mempunyai kaitan dan perhubungan dengan kelab-kelab besar bola sepak dunia," tambah kenyataan tersebut.

Lihat Komen
ADS