Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Lima fakta unik perkahwinan Messi
Diterbitkan:  Jul 1, 2017 4:01 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Bintang Barcelona, Lionel Messi dan kekasihnya yang dikenali sejak zaman kanak-kanak, Antonella Roccuzzo diraikan dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di bandar kelahirannya, Rosario, Argentina, semalam.

Messi memilih kembali ke Rosario, Santa Fe tempatnya membesar dan mengembangkan bakat bola sepak dan untuk kali pertama menyertai kelab Newell’s Old Boys. Berikut lima tumpuan menarik sekitar majlis perkahwinan pasangan berkenaan.

1) Berhampiran markas dadah

Acara pernikahan Messi dan pasangannya itu berlangsung di sebuah hotel mewah City Center yang dikawal ketat oleh 200 petugas keselamatan.

Pilihan lokasi majlis pernikahan itu dianggap mengejutkan masyarakat tempatan kerana hotel tersebut terletak tidak jauh daripada kawasan bahaya iaitu Las Flores yang dikuasai konco-konco aktiviti pengedaran dadah.

Peminat Messi dan warga tempatan dapat melihat upacara perkahwinan itu melalui tayangan siaran langsung ditayangkan menerusi skrin besar yang diletak di bahagian luar lokasi majlis.

2) Isteri rakan sepermainan

Messi dan Antonella Roccuzzo saling mengenali sejak berusia lima tahun dan sama-sama membesar di Rosario. Mereka mula bercinta sejak 2008 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo.

Antonella merupakan rakan karib isteri Luis Suarez, Sofia Balbi dan baru-baru ini mereka melancarkan pengeluaran jenama kasut.

3) Tiada jemputan untuk Ronaldo, Enrique

Majlis pemain kebangsaan Argentina itu itu dihadiri kira-kira 250 tetamu kehormat. Namun, pemain itu dilaporkan tidak mengundang bekas jurulatihnya Luis Enrique dan pembantunya, Juan Carlos Unzeu serta barisan ahli lembaga pengarah Barcelona.

Selain itu, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga dilaporkan tidak diundang kecuali beberapa bekas rakan sepasukannya seperti Xavi Hernandez, Carles Puyol, Cesc Febregas dan Samuel Eto'o.

4) Tolak hadiah

Media melaporkan Messi tidak mengharapkan sebarang hadiah daripada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya, namun dia menyarankan  tetamu memberi sumbangan kepada Yayasan Leo.

Yayasan yang diasaskannya itu adalah salah satu usaha dalam memberi sokongan kepada rawatan kesihatan, pendidikan dan sukan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

5) Sushi jadi hidangan

Sushi merupakan makanan tradisi masyarakat Jepun khususnya dan ia turut disediakan pada majlis perkahwinan bintang 30 tahun itu khusus buat tetamu dari Asia.

Hidangan lain yang disediakan juga seperti charcuterie, empanadas, steak dan sweetbread casserole.

Lihat Komen
ADS