Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Irfan gesa pemain tingkat komunikasi
Diterbitkan:  Jul 1, 2017 5:14 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mahu anak buahnya meningkatkan komunikasi di padang bagi mengelak mereka berputih mata dalam menghadapi saingan seterusnya dalam Liga Perdana musim ini.

Beliau yang sedikit kecewa dengan aksi pemainnya ketika menentang JDT II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, berkata kurangnya komunikasi di awal permainan menyebabkan mereka mudah melepaskan dua gol.

Namun, beliau lega kerana anak buahnya cepat sedar dan bangkit pada babak kedua perlawanan untuk menjaringkan dua gol sekali gus mengikat JDT II 2-2 pada aksi tersebut.

“Saya berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan pemain saya pada separuh masa kedua. Mereka berjaya memperbaikinya (rentak perlawanan) selepas ketinggalan dua gol. 

“Kerjasama sudah terbentuk namun komunikasi antara pemain perlu dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Irfan Bakti berkata pada awal permainan, anak buahnya melepaskan dua gol mudah berikutan kurangnya komunikasi terutama di bahagian benteng pertahanan.

Pada separuh masa pertama perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah ketinggalan dua gol menerusi jaringan Alaxender Moreton Smith pada minit keempat dan Muhd Syazwan Andik Mohd Ishak pada minit ke-10

Namun, Terengganu bangkit menerusi jaringan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-46 dan K Partiban  berjaya menyamakan kedudukan, empat minit kemudian.

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS