Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bos Gaurus dituntut tampil terbaik
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 5:05 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Pengurus Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian menuntut setiap pemain The Bos Gaurus agar memberikan aksi terbaik sekali gus melakar kemenangan ketika menentang PKNS FC di Stadium Ipoh malam ini.

Beliau berkata, para pemain perlu fokus dan mematuhi setiap arahan dan taktikal yang telah diatur oleh ketua jurulatih Mehmet Durakovic.

Katanya kesungguhan dan komitmen ketika membenam Kedah dengan kemenangan 3-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Julai lalu juga perlu dijadikan azimat dalam usaha mengekalkan kemenangan.

"Kejayaan untuk melakar kemenangan bergantung penuh kepada kesungguhan yang dipamerkan oleh semua pemain malam ini.

"Bagi saya, kalau kita lihat perlawanan dengan Kedah tempoh hari, para pemain boleh beri lebih lagi yang terbaik dan kita harapkan mereka mampu menjelmakannya sesuatu dalam aksi malam ini," katanya kepada pemberita.

Ahmad Shahrul Azhar menghadiri rogram ramah mesra di Pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata ketika ini perasaan pemain berada dalam keadaan terbaik dan dalam kalangan mereka gigih bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Ia berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan dan secara keseluruhan ada peningkatan berlaku pada pasukan dan fokus kita adalah untuk memperbaiki keputusan dalam Liga Super," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS