Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Maradona didakwa paksa wanita buka baju
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 4:10 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona berdepan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang juga seorang wartawan.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika Maradona berkunjung ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Konfederasi antara Chile dan Jerman, 2 Julai lalu.

Menurut laporan mirror.co, Ekaterina Nadolskaya, wartawan dari Sm News memperolehi peluang untuk wawancara eksklusif bersama bekas jurulatih Argentina itu.

Sebaliknya, Nadolskaya mengaku dipaksa supaya menanggalkan baju oleh Maradona.

Kejadian itu terjadi di sebuah bilik hotel yang menjadi lokasi penginapan legenda berusia 56 tahun itu.

"Saya meminta izin kepada Maradona untuk wawancara. Dia menjemput saya ke biliknya.

"Maradona menutup pintu. Pada mulanya, dia memang menjawab soalan saya, tetapi kemudian mula mengganggu saya," kata wanita berumur 30 tahun.

Susulan itu, Nadolskaya mendakwa diusir dari bilik Maradona dalam keadaan separa bogel dan terpaksa menunggu di lobi hotel selama tiga jam.

"Barang-barang saya tertinggal di bilik. Telefon saya diambil dan dikembalikan tiga jam kemudian," ujar Nadolskaya yang membuat satu laporan kepada pihak berkuasa.

Sebaliknya di pihak Maradona pula mendakwa, wanita itu sendiri tiba-tiba bertindak membuka baju.

"Maradona tidak suka tindakan itu dan memintanya keluar," kata sumber yang dekat dengan Maradona.

Sementara itu, kes tersebut dilaporkan masih dalam siasatan lanjut pihak polis Rusia.

Lihat Komen
ADS