Khabar duka menyelubungi pentas bola sepak Inggeris. Bradley Lowery, seorang penyokong muda fanatik kelab Sunderland meninggal dunia pada usia enam tahun selepas melawan kanser neuroblastom sejak berumur 18 bulan.

Pemergiannya diumumkan keluarga Lowery melalui tulisan di Facebook.

"Anak pemberani telah pergi bersama malaikat hari ini (7 Julai 2017) pada jam 13.35 dalam pelukan ayah dan ibu dan dikekelingi saudara-mara.

"Dia pahlawan cilik kami dan telah melawan dengan sehabis tenaga, tapi dia diperlukan di tempat lain.

"Tiada kata-kata yang layak menggambarkan betapa luluhnya hati kami. Terima kasih atas semua sokongan kalian.

"Tidur lena anakku, dan terbanglah bersama malaikat-malaikat itu," kata kenyataan itu.

Perjuangan Lowery melawan neuroblastoma mencuri tumpuan khalayak bola sepak Inggeris sejak akhir 2016. Ketika itu, dia dinobatkan sebagai maskot Sunderland.

Sebelum perlawanan antara Sunderland dan Chelsea pada 15 Desember tahun lalu, Lowery - yang didampingan Diego Costa sebagai penjaga gawang - menjaringkan gol buat Chelsea.

Bagaimanapun aksi penghormatan untuk Lowery itu bukanlah sebahagian daripada perlawanan, sebaliknya diadakan sebelum pertemuan sebenar kedua-dua kelab bermula.

Selepas acara itu, dunia bola sepak terus menyatakan sokongan moral buat Lowery termasuk oleh Everton. Pasukan kebangsaan England pula menjadikan Lowery dijadikan maskot pasukan.

Everton sendiri bahkan berjaya mengumpul dana berjumlah RM1.1 juta untuk membiayai kos rawatan Lowery.

Selain itu, dia menjadi teman baik kepada bekas penyerang Sunderland, Jermain Defoe, yang bakal berjersi Bournemouth pada musim depan.

Pemain kebangsaan England itu menjadi pujaan Lowery dan mereka sering menghabiskan waktu bersama di luar padang.

Pada 1 Julai lalu, keluarga Lowery memuat naik gambar Defoe yang sedang memeluk erat si kecil itu di atas katil.

Bagi Defoe, Lowery disebut sebagai cahaya terang yang menyinari musim terakhirnya di Sunderland.

"Hubungan yang saya bina bersama Lowery, apa yang diberikan padanya dan apa yang diberikan kepada saya, semuanya terlalu istimewa," kata Defoe yang gagal menahan sebak mengenang Lowery, seperti dilaporkan BCC.

Malah, Defoe sempat membawa Lowery mengiringnya ketika tampil semula membantu skuad England berdepan Lithuania pada kelayakan Piala Dunia 2018, Mac lalu.

Selain di padang bola sepak, Lowery juga mendapat perhatian di litar lumba kuda, selain kejohanan Grand National di Aintree, United Kingdom April lalu.

Lowery diberi nombor permulaan 41 sebagai penghormatan.