Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Abdul Latif raih emas lagi
Diterbitkan:  Jul 16, 2017 10:59 PM
Dikemaskini: 3:10 PM

Atlet paralimpik Abdul Latif Romly meraih pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 pada Kejohanan Olahraga Para 2017 di London.

Abdul Latif membuat lompatan terbaiknya sejauh 7.37 meter- satu peningkatan berbanding rekodnya sebelum ini iaitu 7.35 meter pada kejohanan sebelumnya pada 2015.

Tahun lalu, Abdul Latif memenangi emas di Sukan Paralimpik Rio dalam kategori sama dengan memecahkan rekod dunia apabila beliau melompat sejauh 7.60 meter.

Pingat yang dimenangi Abdul Latif menjadikan dua pingat emas terkumpul buat Malaysia selepas Ziyad Zolkefli turut menyumbang emas dalam acara lontar peluru.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter- memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan di Rio tahun lalu iaitu 16.48 meter.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan tahniah kepada Abdul Latif atas kejayaannya mempertahankan pingat emas dan memecah rekod kejohanan acara lompat jauh lelaki T20 dalam Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London pada Ahad.

“Tahniah Latif Romly pecah rekod kejohanan acara lompat jauh di #London2017 , menang emas! #TerbangLatifTerbang #Kebanggaanku #Negaraku,” catat Najib dalam laman Twitter beliau malam ini.

Abdul Latif, yang memenangi emas Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil, membuat lompatan sejauh 7.37 meter, sekaligus memadam rekod kejohanan yang dicatatnya iaitu 7.35m di Doha, Qatar pada 2015.

Atlet Croatia, Zoran Talic, yang juga pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Rio 2016 meraih perak dengan catatan 7.32m manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine membawa pulang pingat gangsa dengan lompatan 7.12m pada kejohanan itu yang berlangsung di London Stadium di Queen Elizabeth Olympic Park.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS