Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
TRW dituntut tewaskan Helang Merah
Diterbitkan:  Jul 17, 2017 6:02 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Kelantan perlu menang ketika menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam esok jika ingin melangkah ke peringkat suku akhir.

Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata ia berikutan Kelantan kini berada di tempat ketiga Kumpulan C dan berkongsi tiga mata dengan Melaka United.

“Kami akui sukar untuk mendapatkan tiga mata kerana prestasi Kedah kini berada di tahap terbaik manakala pemain Kelantan pula ramai yang cedera.

“Bagaimanapun saya berharap agar pemain Kelantan dapat menyumbang sekurang-kurangnya satu mata untuk terus kekal dalam saingan Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Beliau bagaimanapun positif Kelantan mampu mencatat keputusan yang baik di sebalik kesukaran menggantikan pemain yang cedera dan berdepan jadual padat.

-Bernama

Lihat Komen
ADS