Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
FAM gantung Zah Rahan 6 perlawanan
Diterbitkan:  Jul 22, 2017 3:26 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Felda United FC akan kehilangan khidmat pemain tengah, Zah Rahan Krangar yang digantung enam perlawanan dan denda RM1,000 kerana meludah muka pemain Pahang dalam aksi Liga Super yang berkesudahan Tok Gajah tewas 1-2, 1 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Zah Rahan melanggar melanggar Artikel 50.1(e) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM.

"Selepas mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM, defendan hanya dikenakan penggantungan dua perlawanan iaitu penggantungan automatik ketika bertemu Sarawak (11 Julai) dan menentang Perak (22 Julai).

"Baki empat perlawanan ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik defendan untuk tempoh enam bulan selepas tarikh penggantungan kedua. Hanya keputusan penggantungan boleh dirayu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, dua pemain Piala Presiden pasukan PKNS FC dan PKNP FC masing-masing digantung dua perlawanan dan denda RM3,000 selepas berkelakuan ganas pada perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu pada 3 Julai lalu.

Pemain PKNP FC, Muhammad Aizzat Maidin Koty berdepan hukuman susulan tindakannya sengaja menendang paha pemain PKNS FC, Amir Hafiz Mohd Noor.

Bagi Amir Hafiz yang beraksi bersama PKNS FC dikenakan hukuman sama kerana tindakannya menumbuk bahu kiri Muhammad Aizat.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat 20 Julai lalu itu juga menetapkan hukuman terhadap Muhammad Aizat dan Amir Hafiz tidak boleh dibuat sebarang rayuan.

Lihat Komen
ADS