Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Jun Hao muncul juara remaja Asia
Diterbitkan:  Jul 30, 2017 11:12 PM
Dikemaskini: 3:18 PM

Pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao muncul juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Remaja Asia, di Jakarta hari ini.

Remaja berusia 18 tahun itu bertungkus lumus dalam pertarungan selama satu jam 14 minit untuk menewaskan pemain China Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17, di Jaya Raya Sports Hall Traning Center, menurut halaman keputusan rasmi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) , bwf.tournamentsoftware.com.

Beliau menamatkan penantian negara untuk merangkul gelaran juara yang kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi di edisi 2013 kejohanan di bawah 19 tahun itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Jun Hao yang merupakan pilihan keenam kejohanan mara ke final selepas menundukkan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsam 19-21, 21-14, 23-21 dalam perlawanan separuh akhir, semalam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS