Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu pemain negara meraih gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia BWF di Glasgow, Scotland, pada 21-27 Ogos ini.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata sandaran untuk meraih gelaran dunia kali ini bukan hanya pada jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, tetapi juga pemain lain.

Beliau berkata, pemain-pemain yang boleh turut mencipta kejayaan di Glasgow ialah beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

"Sudah tentu kita mahukan gelaran dunia untuk badminton juga tahun ini. Kita akan bekerja keras untuk itu," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM di Akademi Badminton Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas sukan berbasikal trek dan terjun berjaya meraih gelaran dunia tahun ini, Mohamad Norza mengakui sudah semestikan sukan badminton turut merangkul gelaran juara dunia.

Mengenai persiapan atlet ke kejohanan dunia itu, beliau berkata persiapan pemain negara berjalan dengan baik berdasarkan maklum balas yang diberikan jurulatih termasuk Ketua Jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek.

"Misbun dan Hendrawan akan menemani Chong Wei ke Glasgow lebih awal. Berdasarkan maklum balas jurulatih, Chong Wei dalam keadaan prestasi terbaik," katanya.

Lihat Komen
ADS