Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Menjelang temasya Sukan SEA minggu depan, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) akan mengadakan acara pengumuman skuad lelaki dan wanita kebangsaan serta majlis penyerahan bendera di Stadium MABA, Kuala Lumpur Sabtu ini.

Dalam satu kenyataan daripada MABA, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku menteri pengangkutan akan menghadiri acara tersebut untuk memberikan kata-kata semangat kepada skuad bola keranjang kebangsaan.

Selepas latihan intensif selama dua minggu bulan lalu, skuad lelaki kebangsaan menghadapi beberapa siri perlawanan latihan dengan pemain profesional dan semi-profesional di New Zealand, manakala skuad wanita pula berlatih di Taiwan dalam kejohanan Foguang.

Kedua-dua pasukan kebangsaan memulakan siri latihan intensif dan pemilihan barisan pemain sejak awal tahun ini daripada 24 orang sehinggalah skuad 12 pemain yang mewakili Malaysia dalam Sukan SEA yang akan bermula minggu depan.

Bercakap dengan Malaysiakini, presiden MABA Datuk Lua Choon Hann melahirkan rasa bangga beliau dengan dua pasukan kebangsaan yang telah bertungkus lumus berlatih sempena temasya sukan ini.

"Sudah lama kami menunggu saat ini dan akhirnya telah tiba. Sukan SEA Kuala Lumpur yang diadakan pada tahun 2001 kini kembali ke Malaysia dan MABA mengharapkan prestasi yang baik kali ini sebagai tuan rumah.

"Walau apapun, kita akan buat yang terbaik untuk Malaysia. Segala persiapan pasukan kita akan diuji dan saya ingin menyeru semua peminat dan penyokong untuk turut serta dalam acara pengumuman barisan pemain pada Sabtu ini," kata Lua.

Skuad wanita kebangsaan bakal mempertahankan pingat emas yang dimenangi ketika Sukan Sea Singapura pada tahun 2015 dan juga dibarisi pemain yang sama kali ini yang diketuai oleh Nur Izzati Yaakob.

Untuk skuad lelaki pula, beberapa pemain veteran seperti Chee Li Wei sebagai ketua pasukan, Chan Kek Thai, Loh Shee Fai termasuklah seorang pegawai polis berpangkat sarjan, Soo Eng Heng yang menjadi antara wakil negara dalam arena bola keranjang.

Lua juga memberitahu bahawa MABA akan menyediakan 300 tiket tambahan untuk perlawanan separuh akhir dan akhir bola keranjang khas untuk penyokong Malaysia minggu ini selepas tiket tersebut habis dijual dalam masa tiga hari menerusi jualan online.

Dalam pada itu, 11 pemain asal skuad bola keranjang Sukan Sea 1989 yang memenangi pingat emas pada tahun itu juga dijemput untuk memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Malaysia mengejutkan pasukan Filipina dan mengalahkan mereka pada tahun itu dalam perlawanan akhir pingat emas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS