Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Najib mahu prestasi atlet Sukan SEA bertaraf dunia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan harapan untuk melihat persembahan atlet negara 'bertaraf dunia' pada Sukan SEA 2017 sebagaimana kemudahan dan infrastruktur bertaraf antarabangsa dipersiapkan menjelang temasya itu.

Beliau berkata, Stadium Nasional Bukit Jalil dilengkapi dengan kemudahan terbaik di samping Pusat Perdagangan dan Pameran Malaysia (Mitec) serta projek mega yang disiapkan baru-baru ini iaitu sistem Transit Aliran Massa (MRT).

"Semalam saya melancarkan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), yang akan menjadi salah satu sistem kereta api termoden di dunia.

"Kami menyediakan semua kemudahaan bertaraf dunia, jadi kami mahu melihat persembahan bertaraf dunia," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen Sukan SEA Malaysia 2017, di Putrajaya, hari ini.

Selepas 2001, tahun ini sekali lagi menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 bermula 19 hingga 31 Ogos ini dan Sukan Para Asean Kesembilan dari 17 hingga 23 September.

Najib berkata, kontinjen negara pada temasya dwitahunan kali ini adalah terbesar dalam sejarah penyertaan Malaysia dalam Sukan SEA melibatkan 873 atlet dan 360 pegawai.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan sasaran rasmi pingat emas negara sebanyak 111 dan muncul sebagai juara keseluruhan.

"Selepas analisis dan mengambil kira semua faktor, jumlah pingat emas yang diperlukan untuk menjadikan kita keseluruhan juara adalah 111 untuk Sukan SEA dan 103 untuk Sukan Para Asean," katanya sambil menambah bahawa ini adalah sasaran realistik berdasarkan keadaan semasa Persediaan.

Lihat Komen
ADS