Sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/18 akan bermula awal pagi nanti. Perlawanan pertama melibatkan kelab Arsenal berdepan Leicester city membuka tira liga terkemuka dunia itu.
Berbeza dengan musim terdahulu, EPL kali ini memperkenalkan 10 perkara baru dan menarik yang akan dihidang kepada peminatnya di seluruh dunia.
Berikut 10 perkara baru akan ditampilkan sepanjang saingan EPL musim ini:
- Tiga kelab baru akan beradu nasib melawan pasukan yang lebih ternama, iaitu Huddersfield Town, Brighton & Hove Albion dan Newcastle United. Untuk rekod, Newcastle tidaklah terlalu asing kerana sebelum ini sudah beberapa musim bersaing dalam EPL.

- Semua kelab yang bertanding akan menggunakan jenis huruf dan nombor baru pada jersi. Pertukaran ini adalah yang pertama dalam tempoh 10 tahun.
- Hiasan padang tidak lagi dibenarkan dengan corak-corak tertentu seperti yang menjadi identiti saingan di England. Ini bermakna, rumput padang di semua stadium terlibat akan berwana hijau keseluruhan.
- Setiap pemain yang pura-pura jatuh atau mengalami kecederaan (berlakon) akan dihukum dengan pergantungan dua perlawanan berikutnya. Hukuman akan dibuat oleh pengadil khas yang berhak membuat analisis melalui rakaman video.
- Stadium Wembley buat pertama kalinya akan digunakan untuk aksi EPL. Stadium kebangsaan England itu akan menjadi gelanggang rasmi Tottenham Hotspurs sebagai menggantikan stadium biasa mereka, White Hart Lane, yang sedang dinaik taraf.

- Nike Ordem V akan dijadikan bola rasmi EPL musim ini.
- Pembukaan musim ini menyaksikan julung kalinya perlawanan EPL diadakan pada hari Jumaat (waktu tempatan).
- Penyokong pasukan pelawat diberi keistimewaan pada musim ini untuk mendapatkan tempat peninganapan yang lebih dekat dengan stadium.
- EPL juga memperkenalkan iklan tajaan di bahagian lengan kiri jersi pasukan sekali gus mendatangkan pendapatan kepada kelab.

- Teknologi pengadil bantuan video (VAR) buat pertama kalinya akan digunakan dalam EPL. Namun, video tersebut bukan untuk membantu pengadil menangani sebarang situasi, sebaliknya memberi kemudahan kepada pegawai perubatan mengesan kecederaan pemain dengan lebih cepat.
