Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Skuad bola keranjang wanita layak ke Sukan Komanwel 2018

SUKAN KOMANWEL | Skuad bola keranjang wanita Malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang layak dalam acara bola keranjang bersama negara India pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Dalam satu kenyataan oleh Persekutuan Bola Keranjang Sedunia (FIBA), hanya lapan pasukan yang mempunyai ranking terbaik antara negara-negara Komanwel dalam kategori lelaki dan wanita tersenarai dalam acara bola keranjang.

Kali terakhir acara ini dimasukkan dalam temasya ini ketika Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia.

Berikut adalah senarai negara yang layak:

Lelaki Kumpulan A: Australia, Nigeria, New Zealand, Canada

Lelaki Kumpulan B: England, Cameroon, India, Scotland

Wanita Kumpulan A: Australia, Canada, England, Mozambique

Wanita Kumpulan B: New Zealand, Jamaica, India, MALAYSIA

Dua pasukan terbaik dalam pusingan awal kumpulan akan layak ke perlawanan separuh akhir dalam acara tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Sim Sin Heng memberitahu bahawa kelayakan Malaysia dalam Sukan Komanwel adalah berdasarkan prestasi konsisten dan berdasarkan ranking sedunia.

MABA: 'Road to Mexico' untuk FIBA 3X3

Dalam pada itu, Presiden MABA Datuk Lua Choon Hann juga mengumumkan Malaysia akan menghantar pasukan lelaki kebangsaan untuk menyertai kejohanan FIBA 3X3 di Delhi, India yang bakal diadakan dari 17 hingga 19 September depan.

Beliau juga mengharapkan pasukan Malaysia layak ke pusingan seterusnya yang akan diadakan di Mexico nanti.

Kedua-dua skuad kebangsaan lelaki dan wanita yang menyertai Piala Asia FIBA 3X3 bawah 18 tahun menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak dua tahun penyertaan mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS