Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Pakar Dota 2 Malaysia dan pasukan raih RM10.8 juta
Diterbitkan:  Aug 14, 2017 3:52 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Seorang warganegara Malaysia dan rakan sepasukannya berkongsi wang tunai AS$2.5 juta (RM10.8 juta) selepas meraih tempat ketiga kejohanan e-sukan paling berprestij di dunia - The International 2017, semalam.

Pada kejohanan yang berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat itu menampilkan pertarungan lima orang sepasukan dalam permainan Dota 2.

Anak kelahiran Selangor, Tue Soon Chuan atau dikenali sebagai Ah Fu berjaya meraih sebahagian ganjaran itu bersama rakan pasukan dalam team LGD Forever Young yang berpangkalan di China.

Walaupun wang hadiah berkenaan akan dikenakan cukai pengurusan oleh kerajaan Amerika, bakinya tetap cukup untuk menjadikan mereka sebagai jutawan.

Kejayaan itu adalah kali kedua berturut-turut melibatkan penyertaan daripada wakil Malaysia untuk meraih kedudukan tiga terbaik dalam The International.

Kemenangan di tempat ketiga itu membolehkan mereka membawa pulang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan wang tunai yang ditawarkan iaitu AS$24 juta (RM103 juta).

Tempat pertama dimenangi Team Liquid sekali gus membawa pulang AS$10.8 juta (RM43 juta) atau 44 peratus daripada hadiah keseluruhan.

Sementara itu, Malaysia dikenali kerana mempunyai barisan pemain Dota 2 profesional yang hebat.

Pada 2012, pemain dari Johor, Wong Hock Chuan menjadi sebahagian peserta dalam pasukan Invictus Gaming yang berpangkalan di China dan muncul menjuarai hadiah utama kejohanan yang sama.

Pasukan Malaysia turut menduduki tempat ketiga pada 2013 dan tempat keempat pada 2016 dalam kejohanan itu.

Sebagai rekod, pada The International 2017 kali ini menampilkan empat rakyat Malaysia dalam tiga pasukan berasingan, bersaing dalam kejohanan tersebut.

Lihat Komen
ADS