Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Jurulatih Thai kritik penganjur Sukan SEA
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 12:30 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

SUKAN SEA I Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hanya akan bermula secara rasmi Sabtu ini tetapi sudah kedengaran rungutan daripada kontinjen yang bertanding.

Ketua jurulatih bola sepak wanita Thailand, Spencer Prior semalam mengkritik penganjur apabila menyifatkan Sukan SEA kali ini antara temasya paling buruk pernah dianjurkan.

Ini selepas skuad kendaliannya hanya sempat berlatih selama 15 minit di atas padang sebelum diarah penganjur memberi laluan kepada pasukan lain.

"Saya tidak pernah hadapi perkara seperti ini, masalah pengurusan yang tidak teratur seperti Sukan SEA kali ini.

"Kami sempat berlatih selama 15 minit dan kemudian dihalau untuk memberi laluan kepada pasukan yang akan kami tentang esok," katanya menerusi akaun twitter miliknya.

Katanya, pegawai bertugas juga memberi arahan mengelirukan apabila menyatakan jarak antara hotel penginapan dan venue latihan hanya tiga kilometer (km).

"Sedikit mengelirukan kerana saya dimaklumkan jarak tempat latihan adalah 3km. Sebenarnya ia sejauh 30km. Kami kembali menaiki bas untuk mencari padang latihan. Malangnya, padang latihan lain juga sudah ditempah pasukan Vietnam," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PKR (AMK), Chang Lih Kang berkata rungutan berkenaan dan kesilapan yang dilakukan penganjur tidak sepatutnya berlaku kerana ia hanya akan menjejaskan imej negara.

"Apabila sesuatu krisis berlaku, imej penganjur dan negara boleh bertukar menjadi buruk dalam sekelip mata.

"Cukuplah Malaysia dimalukan di negara luar melalui skandal 1MDB, jangan dimalukan di dalam negara sendiri dengan isu Sukan SEA pula," katanya.

Justeru beliau menyarankan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meneliti semula organisasi yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kelancaran temasya sukan berkenaan.

Lihat Komen
ADS