Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Thailand membuka kempen mempertahankan pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA dengan sekadar berkongsi satu mata selepas seri 1-1 dengan Indonesia pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), di Shah Alam hari ini.

Perlawanan pembukaan Kumpulan B itu di Stadium Shah Alam di sini menyaksikan kedua-dua pasukan itu melakarkan keputusan seri dalam tempoh sebulan selepas seri 0-0 pada pusingan kelayakan Piala Kondeferasi Asia (AFC) B-23 di Bangkok, bulan lepas.

Thailand, yang dianggap pasukan pilihan pada temasya kali ini, membuka tirai jaringan menerusi Chaiyawat Buran pada minit ke-14 selepas tolakan bola dalam kawasan penalti gagal diselamatkan oleh penjaga Kurniawan Kartike Ajie.

Bersambung babak kedua, Indonesia tampil lebih agresif dengan menyekat gerakan pantas pasukan Thailand serta mengatur gerakan balas untuk memburu gol penyamaan.

Bagaimanapun, Indonesia terpaksa putik mata untuk mencari gol penyamaan apabila percubaan pemain tengah, Febri Hariyadi, yang tidak dikawal dalam kawasan penalti Thailand, hampir menceriakan kira-kira 1,000 penyokong skuad ‘Garuda’ namun volley yang dilakukan melepasi palang gol.

Indonesia akhirnya berjaya menarik nafas lega selepas pengadil perlawanan, Wang Di menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Septian David Maulana pada minit ke-61 selepas pemain tengah, Osvaldo Ardiles Haay dijatuhkan oleh pemain Thailand dalam kawasan penalti.

Skuad ‘Garuda’ terus menggandakan asakan sehingga ke hujung permainan bagi mencari gol kemenangan dengan dengan beberapa peluang berbahaya berjaya dicipta, namun gagal menemui penyudah untuk sekadar berkongsi satu mata.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi kumpulan B, Vietnam mudah menundukkan pasukan kerdil, Timor-Leste 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dua gol skuad ‘The Young Golden Stars’ itu disumbangkan Doan Van Hau pada minit kesembilan dan minit ke-41 manakala Ha Duc Chinh dan Nguyen Cong Phuong masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-20 dan 72.

-Bernama

Lihat Komen
ADS