Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Skuad polo air negara menang tipis atasi Filipina
Diterbitkan:  Aug 16, 2017 4:43 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Malaysia mendapat kemenangan pertama dalam pertandingan polo air lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, apabila menewaskan Filipina 8-7 di Pusat Akuatik Negara, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, hari ini.

"Selepas kekalahan semalam, pemain beraksi lebih baik hari ini dan memperbaiki mutu permainan mereka tetapi selepas mendahului dengan empat mata, pemain mula memperlahankan rentak permainan dan melakukan kesilapan," kata jurulatih kebangsaan Voon Yong Hui kepada pemberita selepas perlawanan.

Dalam perlawanan kedua hari ini, gol hatrik Fam Jia Yi membantu skuad negara mendapatkan lonjakan semangat untuk menang dalam perlawanan menentang Thailand selepas ini.

“Saya tidak merasa tertekan apabila kami terlepas penalti kerana saya percaya rakan sepasukan saya akan bangkit semula.

"Untuk perlawanan seterusnya menentang Thailand, kami telah bersedia selama sembilan bulan untuk Sukan SEA dan saya percaya jika kami menang, kami mempunyai peluang untuk memenangi sebutir pingat," kata Jia Yi.

Pasukan Malaysia mendapat pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 dan pencapaian terbaik mereka adalah pingat perak pada Sukan SEA 1991, Mereka dijadualkan menentang Thailand pada Jumaat dan Singapura, Ahad ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS