Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Keputusan jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia membawa masuk pemain gantian di separuh masa kedua mengubah nasib pasukan negara dengan menewaskan Singapura 2-1, sebentar tadi.

Selepas ketinggalan 0-1 aksi 45 minit pertama, keputusan Datuk Ong Kim Swee membawa masuk Nor Azam Azih dan N Thanabalan ternyata tidak sia-sia.

Azam berjaya menyumbangkan gol penyamaan untuk Malaysia pada minit ke-68, mankala Thanabalan menjaringkan gol kedua sekali gus gol kemenangan.

Perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA 2017 itu menyaksikan pasukan tuan rumah tampil mendominasi permainan sebaik wisel sepak mula ditiupkan pengadil.

Namun, Adib Zainuddin dan rakan-rakan berdepan cabaran sukar dengan taktikal yang mudah dibaca pemain pasukan lain.

Pemain negara agak kurang variasi dalam membuat serangan ketika Singapura turut keghairahan kemenangan pertama.

Minit ke-37 menjadi pemisah sekali gus mengejutkan puluhan ribu penyokong tuan rumah di stadium selepas pasukan lawan membolosi gawang Malaysia.

Rembatan cantik penyerang dari negara Seberang Tambak, Amiruldin Nodin meletakkan Singapura di depan dengan jaringan 1-0 untuk separuh masa pertama.

Kembali dari bilik rehat untuk 45 minit kedua, anak buah Kim Swee tampil dengan lebih berdisiplin terutamanya percaturan di posisi tengah.

Kemasukan Nor Azam ternyata tindakan tepat buat skuad Malaysia apabila pemain muda dari Pahang itu berjaya membolosi gawang Singapura pada minit k-68.

Rembatan deras pemain tengah itu gagal ditepis penjaga gol Sinagpura, Zhafran Rohaizad untuk gol penyamaan Malaysia.

Enam minit berselang giliran Thanabalan pula membuktikan kemasukannya pada separuh masa kedua itu memberi sumbangan besar buat pasukan negara.

Pemain Felcra FC itu bijak memanfaatkan bola muntah yang berpunca daripada rembatan Safawi Rasid untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia.

Keputusan 2-1 itu sekali gus kemenangan kedua skuad Projek Sukan SEA 2017 selepas turut meraih tiga mata pertama pada perlawanan menentang Brunei 14 Ogos lalu.

Enam mata terkumpul malam ini membolehkan Malaysia berada di tangga kedua kumpulan dengan berkongsi mata dengan pasukan Myanmar.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam perlawanan ketiga dijadualkan pada Jumaat nanti.

 
Lihat Komen
ADS