Vingada sampaikan anugerah pemain terbaik PFAM

   

Pemain kelab PKNP FC, Shahrel Fikri dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi edisi Julai 2017.

Anugerah itu disampaikan oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan Nelo Vingada dalam satu majis ringkas yang diadakan di Hatten Hotel, Melaka hari ini.

Shahrel ternyata gembira dengan kemenangan ini setelah gagal memenanginya pada bulan Februari dan April 2017.

"Alhamdulillah dengan kemenangan ini akan menjadi pemangkit semangat untuk saya berusaha dengan lebih kuat untuk pasukan yang saya wakili"

"Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada PFA Malaysia yang menganjurkan anugerah ini dan tidak lupa juga kepada rakan sepasukan saya di PKNP FC serta para penyokong yang mengundi saya. Terima kasih dan teruskan menyokong saingan liga Malaysia," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya dan Exco PFA Malaysia, Rudie Ramli, Shahrom Abdul Kalam dan Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pengawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my).Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM - Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Shahrel menerima undian tertinggi sebanyak 1,103 undi mengalahkan empat calon lain iaitu Tchétché Kipré dari Terengganu FA (885 undi), Paulo Josue dari Kuala Lumpur (52 undi), Guilherme de Paula dari Kuala Lumpur (50 undi) dan Akanni Sunday dari UiTM FC (0.85 peratus - 18 undi).

Shahrel membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucer barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain beserta bingkai sumbangan Asiana.my

Para pengundi membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga www.asiana.my.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.