Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Masoc kesal kemalangan bas atlet skuasy
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 5:45 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

SUKAN SEA I Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) kesal dengan insiden kemalangan melibatkan dua buah bas yang membawa atlet serta pegawai sukan acara skuasy, pagi tadi.

Mereka yang terlibat dalam kemalangan itu adalah atlet dari Myanmar, Filipina dan Thailand ketika dalam pejalanan dari hotel ke lokasi pertandingan di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Masoc, Datuk Low Beng Choo berkata, beberapa atlet dan pegawai yang terlibat insiden itu dirawat di Pusat Rawatan Sukan (GMC).

"Kami dimaklumkan bahawa ada antara atlet dan pegawai yang terlibat dibenarkan untuk bertanding oleh pasukan perubatan mereka selepas menjalani pemeriksaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, acara skuasy Sukan SEA Ke-29 yang dijadual bermula 9 pagi hari ini, ditangguhkan susulan kejadian tersebut.

Justeru Low berkata, satu mesyuarat segera bersama semua pengurus pasukan diadakan pada jam 2 petang hari ini untuk mendapatkan persetujuan bagi menyusun semula jadual perlawanan.

"Perlawanan lain yang tidak melibatkan atlet yang terbabit dijangka akan diteruskan pada pukul 3 petang ini, tertakluk kepada persetujuan semua pengurus pasukan.

"Perkara ini kini sedang disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Lihat Komen
ADS