Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ahli perniagaan mahu ganti Annuar di Kafa
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 9:35 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim menawarkan diri mengisi kekosongan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang ditinggalkan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Amir Ramadzan berkata kesediaannya itu berikutan tawaran yang dibuat secara terbuka oleh Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md Noor kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ia bukan semata-mata mahu publisiti ke atas peluang yang ditawarkan oleh Kafa tetapi pengalaman sebagai penaja kepada Kafa sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, Kafa membuat tawaran secara terbuka kepada mana-mana individu berwibawa yang mahu memimpin badan induk itu dan pemilihan akan dibuat pada Kongres Agung Tahunan Kafa Ke-63 pada pertengahan September ini.

Beliau berkata kesudiannya menawarkan diri bagi jawatan tersebut bukan disebabkan oleh strategi perniagaan syarikatnya, sebaliknya lebih kepada mahu melihat perubahan kepada Kafa dan pasukan negeri kelahirannya sendiri.

"Urusan perniagaan biarlah urusan perniagaan, urusan persatuan biarlah urusan persatuan dan sekiranya saya berjaya diberikan tanggungjawab menerajui Kafa, jika syarikat saya mahu menaja Kafa, ia perlu mengikut syarat yang ditentukan oleh badan induk itu sendiri,” katanya.

Beliau mempunyai prinsip dan perancangan sendiri bagi melakukan perubahan kepada Kafa iaitu melihatnya secara menyeluruh sama ada tajaan, pengurusan dan pemain.

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS