Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Dari Miss Universe ke pentas Sukan SEA
Diterbitkan:  Aug 22, 2017 5:22 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Siapa sangka, seorang peserta akhir Miss Universe Malaysia 2017 kini beraksi di pentas temasya Sukan SEA 2017 mewakili negara.

Tanalaksiumy Rayes, 22, akan mewakili Malaysia dalam acara olahraga 4x400 meter yang berlangsung hari ini.

Gadis kacukan India-Cina berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu membuktikan keyakinan diri yang tinggi apabila terlibat dalam pelbagai bidang walaupun tetap sibuk dengan pengajian.

Lebih mesra disapa dengan panggilan 'Tana', atlet itu banyak berkongsi mengenai rutin hariannya melalui muat naik gambar di laman Instagram.

Selain penglibatan sebagai atlet kebangsaan, wanita yang mempunyai ketinggian 172 sentimeter ini juga merupakan 10 peserta terbaik dalam pertandingan Miss Universe Malaysia 2017, baru-baru ini.

Sebagai gadis serba boleh, Tana juga mempunyai kebolehan dalam bidang seni seperti lakonan, peragaan, tarian dan nyanyian.

Melalui perkongsian gambar di Instagram Tana berkata, dia berbangga diberi kepercayaan dan penghormatan untuk turut mewakili Malaysia pada sukan dwitahunan ke-29 kali ini.

Lihat Komen
ADS