Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Mun Yee yakin fizikalnya berkemampuan
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 6:26 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Penerjun senior negara, Leong Mun Yee belum terlintas untuk bersara daripada sukan terjun walaupun sudah menjangkau usia 32 tahun.

Malah atlet kelahiran Ipoh, Perak itu berkata keadaan fizikalnya masih mampu untuk beraksi di pentas kejohanan dan setakat ini tidak mengalami apa-apa kesukaran.

"Saya sendiri tidak pasti sama ada ini adalah Sukan SEA terakhir saya atau tidak. Kalau rasa prestasi bagus lagi, hendak teruskan lagi.

"Saya rasa prestasi saya masih bagus dan malah lebih baik daripada sebelum ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mun Yee yang membuat penampilan kesembilannya di temasya dwitahunan itu sejak 1999, akan beraksi dalam acara 10m platform seirama bersama Traicy Vivien Tukiet dan platform campuran seirama bergandingan dengan pendatang baharu Jellson Jabilin.

Dalam pada itu, Mun Yee berkata gandingannya bersama Jellson tidak menghadapi masalah untuk memberi saingan, walaupun masih baharu.

Katanya, walaupun keputusan untuk menggandingkan beliau dan Jellson dibuat pada saat akhir, tapi mereka cepat mencapai keserasian.

"Pada saya Jellson bagus. Kita baharu bergandingan dan menjalani latihan sekali di China.

"Bagi saya, acara campuran ini pun sesuatu yang baharu dan rasanya cabaran akan datang daripada Singapura," katanya.

Skuad terjun negara menyasarkan untuk menyapu bersih kesemua 13 pingat yang dipertandingkan dalam acara itu yang akan membuka tirai pada 26 Ogos ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS