Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Filipina hampir-hampir mengatasi Malaysia pada dua minit terakhir suku keempat apabila Aracelie Abaca berjaya mendapat jaringan tiga mata dan mengikat kedua-dua pasukan pada 54-54.

Babak minit terakhir semakin sengit apabila pihak lawan tampil menyerang bertubi-tubi tetapi kerap mengalami turnover dan memberikan peluang baik untuk Malaysia.

Hasil pertahanan mantap skuad Malaysia, Filipina terperosok dengan masalah foul. Saw Wei Yin dan Pang Hui Pin melengkapkan mata penalti akhir sehinggalah wisel penamat.

Chong Yin Yin mendahului jaringan mata dengan 12 mata dan 8 rebound manakala Yap Fook Yee menyumbangkan 10 mata dan 3 assist.

Ketua jurulatih Malaysia, Yoong Sze Yuin berkata, pasukannya agak baik dalam mengawal situasi dan ritma perlawanan dalam gelanggang.

"Pemain tidak mendapat menangani dengan baik pada saat akhir Filipina semakin hampiri mata yang dipungut. Tidak mudah untuk saya cuba menukar pemain kerana ada beberapa pemain mengalami kecederaan ringan tapi saya tidak risau, mereka akan bersedia dalam perlawanan bersama Myanmar dan Thailand.

"Kemenangan kita ke atas Filipina adalah satu misi yang sangat penting. Prestasi pasukan mereka sangat baik dan kita perlu menghadkan serangan mereka," katanya ketika ditemui media.

 

 

Penguasaan awal, pertahanan yang kukuh

Malaysia mula mendominasi gelanggang pada separuh masa pertama sehinggalah suku ketiga, Filipina hanya mampu melihat pasukan tuan rumah mendahului mereka sepanjang tiga suku itu.

Filipina yang beraksi pada malam sebelum itu dengan Thailand tampak agak letih tetapi tetap memberikan saingan kepada Malaysia. Skuad negara mendahului Filipina sebanyak 11 mata, 34-23 pada separuh masa pertama.

"Untuk memastikan kemenangan dalam mana-mana perlawanan, pasukan kita perlu berusaha lebih gigih sebagai sebuah skuad," kata Yoong lagi.

Dalam persaingan round robin itu, Malaysia akan berentap dengan Myanmar esok pada 12.30 tengah hari dan perlu mengatasi Thailand dalam saingan dijadualkan Sabtu ini.

Bagaimanapun, nasib skuad negara juga bergantung kepada keputusan perlawanan antara Thailadn dan Indonesia esok. Jika skuad Gajad Putih , tewas pingat emas pastinya menjadi milik tuan rumah dengan menewaskan Myanmar.
 

Lihat Komen
ADS