Paling Popular
Terkini

Apa pun kita perlu menang, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh pandang rendah kepada pasukan Hong Kong yang mempunyai kelebihan tersendiri, kata pemain tengah negara, Baddrol Bakhtiar.

Pemain berasal dari Kedah itu berkata beliau yakin dengan kemampuan pasukan untuk mencipta kemenangan dalam aksi menentang Hong Kong pada saingan Kelayakan Piala Asia 2019 yang di jadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong Selasa ini.

“Saya secara peribadi dapat melihat bahawa kita mempunyai pelung lebih besar apabila beraksi di gelanggang sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan persiapan di Stadium Hang Jebat hari ini.

Beliau berkata Harimau Malaya perlu menang bagi mengubati kekecewaan sebelum ini apabila tewas kepada Luban 1-2 dalam aksi kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Baharu.

Katanya ini tidak bermakna bahawa semua pemain boleh letakan diri dalam zon selesa kerana Hong Kong dijangka akan memberi saingan sengit nanti.

Sementara itu, muka baharu dalam jentera serangan skuad Harimau Malaya, Shahrel Fikri Mohd Fauzzi, 23 berkata beliau rasa sedikit gugup kerana ini adalah kali pertama beraksi untuk skuad kebangsaan.

“Saya harap pengalaman beraksi menentang Syria dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini dapat digunakan untuk membantu pasukan pada Selasa ini,” katanya.

Pemain pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dalam Liga Perdana itu berkata beliau akan melakukan yang terbaik bagi meraih kemenangan untuk pasukan negara nanti.

Shahrel Fikri berkata beliau telah mula mendapat keserasian bermain bersama pemain senior setelah menjalani latihan selama dua minggu dan berharap mampu bermain dengan baik apabila diturunkan nanti.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS