Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
BAM terima lanjutan tajaan RM10 juta dari Celcom Axiata

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menerima suntikan RM10 juta daripada Celcom Axiata Berhad yang merupakan lanjutan tajaan bagi tempoh Jun 2019 sehingga Ogos 2020.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, tajaan itu bagi menyemarakkan semula sukan badminton negara selain hasrat untuk mendominasi sukan tersebut di peringkat global dan membawa juara negara ke Sukan Olimpik 2020.

“Tajaan eksklusif itu dilanjutkan selama 15 bulan dan ia merupakan sebahagian komitmen berterusan Celcom dalam menyokong BAM dalam usaha persatuan tersebut untuk memacu agenda sukan nasional ke arah pembangunan ahli sukan bertaraf dunia,” kata Norza.

Norza berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Celcom Axiata- BAM di Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama menyaksikan tandatangan perjanjian itu ialah Penasihat BAM, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, BAM pada MAC 2016 menerima suntikan tajaan RM24 juta daripada Celcom Axiata Berhad untuk tempoh tiga tahun.

Tajaan itu membabitkan peruntukan RM8 juta setahun yang akan dikhususkan untuk penganjuran kejohanan, insentif dan pembangunan pemain.

Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu, Celcom Axiata juga memperuntukkan RM10 juta untuk pengiklanan dan promosi sukan badminton.

 

Lihat Komen
ADS