Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Jurulatih renang disyaki rogol atlet
Diterbitkan:  Oct 3, 2017 6:02 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan di Sri Petaling, Kuala Lumpur semalam selepas dipercayai merogol seorang atlet.

Suspek yang berusia 35 tahun ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur sekitar jam 12.30 tengah hari.

Jurulatih berkenaan berasal dari China dan memegang status penduduk tetap (PR), lapor BH Online.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan, kejadian rogol berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya.

Beliau mengesahkan setakat ini, polis hanya menerima laporan daripada seorang mangsa.

Sementara itu, sumber berkata, suspek sebelum ini terbabit dengan program 'KITA JUARA' pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara renang disiplin air.

Namun, mangsa tidak terbabit dalam mana-mana acara pada KL2017, yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu.

Suspek yang juga bekas atlet Olimpik berada di negara ini sejak lebih lima tahun lalu.

Lihat Komen
ADS