Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas hampir lebih dua dekad, akhirnya impian pasukan bola sepak Mesir untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 menjadi kenyataan, selepas berjaya menewaskan Congo dengan jaringan 2-1.

Kejayaan itu dilakar dalam perlawanan yang berlangsung di sebuah stadium tentera di bandar Pelabuhan Iskandariah pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

Mesir muncul negara dari benua Afrika kedua selepas Nigeria yang menempah tiket ke kejohanan berprestij itu yang akan diadakan di Rusia.

Penyerang sensasi Mesir Mohamed Salah yang kini bermain dengan kelab ternama Liverpool ternyata tidak menghampakan penyokong Mesir, apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-63 dan 93.

Susulan kejayaan itu, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi meluluskan ganjaran sebanyak 1.5 juta pound Mesir (kira-kira US$85,000) untuk setiap pemain sebagai tanda penghargaan.

Kali pertama Mesir beraksi di kejohanan Piala Dunia pada 1934, diikuti pada 1990 yang berlangsung di Itali.

-Bernama

Lihat Komen
ADS