Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Jurulatih China didakwa rogol penerjun
Diterbitkan:  Oct 11, 2017 1:31 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Seorang jurulatih berusia 35 tahun dari China hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan merogol seorang penerjun kebangsaan.

Huang Qiang didakwa merogol atlet penerjun wanita itu di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 September lalu.

Jika sabit kesalahan, Huang berdepan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pada 2 Oktober lalu, jurulatih itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada atlet berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pada Sabtu lalu, berkata pihaknya telah merakam kenyataan 18 individu dan mendapatkan kamera litar tertutup (CCTV) di kompleks berkenaan bagi membantu siasatan.

Lihat Komen
ADS