Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
7 penyokong Perak didenda RM500 bergaduh selepas perlawanan
Diterbitkan:  Oct 17, 2017 3:29 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Tujuh penyokong Perak didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas mengaku salah terlibat dalam pergaduhan setelah tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak 15 Oktober lalu.

Kesemua tertuduh Mohd Noramin Anuar, 29, Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 23, Daim Mokhtar, 18, Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24, Muhammad Arif Ashraf Muhsin, 21, Mohd Mansur Mat, 28 dan Muhammad Aizat Ariff Fadilah, 25, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tujuh hari jika mereka gagal bayar denda, bagaimanapun kesemua tertuduh membayar denda itu.

Mereka didakwa melakukan gaduh gempar setelah tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang JDT di pintu F, Stadium Perak di sini kira-kira 10.50 malam, Ahad lalu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

-Bernama

Lihat Komen
ADS