Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Chong Wei tersungkur di pusingan kedua
Diterbitkan:  Oct 20, 2017 12:59 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tersungkur di pusingan kedua selepas dikejutkan dengan kekalahan 17-21, 21-11 dan 19-21 kepada pemain kurang ternama, HS Prannoy dari India di Terbuka Denmark.

Kekalahan itu menyaksikan, hanya tinggal beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang meneruskan cabaran negara di kejohanan tersebut selepas melakar kejutan dengan menewaskan gandingan pilihan keenam, Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.

Menurut laman sesawang Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfworldsuperseries.com pasangan bukan pilihan negara itu menampilkan aksi cemerlang dan menundukkan beregu China itu, 21-14, 16-21 dan 21-18 pada aksi pusingan kedua.

Sementara itu, cabaran Malaysia dalam acara beregu wanita berakhir selepas satu-satunya wakil negara dalam kategori berkenaan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tumpas 18-21 dan 17-21 kepada pasangan pilihan kelapan, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao dari Jepun.

Lihat Komen
ADS