Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Penyokong Perak, JDT kena patuh SOP keselamatan
Diterbitkan:  Oct 20, 2017 4:28 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

PIALA MALAYSIA | Penyokong yang menyaksikan aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara JDT dan Perak di Larkin malam esok perlu mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata beberapa garis panduan dan SOP ditetapkan Persatuan FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Antaranya penyokong dilarang memiliki, membawa atau membakar apa jua bahan letupan yang termaktub di bawah Akta Bahan-bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) serta Akta Bahan letupan 1957 (Akta 207) sama ada di dalam atau di luar stadium,” katanya dalam satu kenyataan.

Penyokong juga dilarang menganjurkan perarakan, perhimpunan atau seumpamanya, selain dilarang membawa senjata berbahaya atau barang-barang terlarang yang menjurus kepada kesalahan jenayah.

Menrut Shahurinain penyokong juga tidak boleh membawa minuman keras ke dalam stadium, melakukan provokasi hingga mencetuskan pergaduhan dan vandalisme pada harta benda di stadium.

Beliau berkata penyokong harus menjaga tingkah laku, moral, budaya dan etika serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

"Penyokong juga dinasihatkan mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas pasukan polis dari semasa ke semasa bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam," katanya

- Bernama

Lihat Komen
ADS