Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bajet: RM1 bilion untuk jadi kuasa besar sukan
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 4:39 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

BAJET 2018 I Bagi mengekalkan momentum bidang sukan dalam menjadi kuasa besar sukan, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif program berkaitan sukan di seluruh negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata inisiatif tersebut meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlet, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara.

“Kerajaan juga mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta ringgit.

“Di samping itu, sukacita diumumkan peruntukan RM20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier,” katanya.

Najib turut memaklumkan bahawa Malaysia telah diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA ke-29 dan mendapat tempat kedua Sukan Para ASEAN ke-9 pada Ogos dan September lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Justeru, bagi pihak kerajaan, marilah kita memberi tepukan paling gemuruh kepada semua wira dan wirawati kita di atas sana,” tambahnya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS