Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Dilarang ke stadium seumur hidup kerana baling air kencing
Diterbitkan:  Oct 31, 2017 3:58 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Tottenham Hotspur mengeluarkan larangan seumur hidup terhadap dua penyokongnya yang membaling botol berisi air kencing terhadap pasukan pelawat West Ham United selepas kalah 3-2 dalam perlawanan Piala Liga di Wembley, London.

“Kelakuan ini tidak dapat diterima dan kami akan mengeluarkan larangan seumur hidup kepada kedua-dua individu dalam video itu,” kata jurucakap Tottenham seperti dilaporkan Reuters, yang memetik Sky Sports.

Selepas kemenangan West Ham, satu video beredar di media sosial menunjukkan penyokong Spurs kencing dalam botol dan membaling ke arah pasukan lawan.

Selepas siasatan, Tottenham berjaya mengenal pasti dua pelakunya.

West Ham pada separuh masa pertama perlawanan ketinggalan 2-0 tetapi berjaya mengejarnya, sekali gus mengecewakan pasukan tuan rumah.

Pasukan itu marah ke suku akhir Piala Liga dan akan berdepan Arsenal.

Lihat Komen
ADS