Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
JDT bersedia tapi akui Kedah hebat
Diterbitkan:  Nov 2, 2017 4:24 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Semua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berada dalam keadaan terbaik dari segi moral dan fizikal untuk menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, kata kapten pasukan Safiq Rahim.

"Saya berharap dengan tempoh masa yang kami ada ini, Insya-Allah kami akan lakukan persediaan yang terbaik.

"Saya percaya sekiranya kami memberikan seratus peratus dalam persiapan ini, Insya-Allah kami berjaya memperoleh keputusan terbaik," katanya menerusi halaman Facebook Johor Southern Tigers.

Safiq berkata anak buah Ulisses Morais itu pastinya mahukan kemenangan dan berharap Piala Malaysia tahun ini berada dalam genggaman JDT.

"Begitu juga saya, apa yang penting saya mahukan kemenangan untuk final kali ini," katanya.

Dalam pada itu Safiq mengakui Kedah sebagai sebuah pasukan hebat dan menghormati kekuatan lawan.

"Apa yang penting adalah taktikal, cara dan persembahan kami pada perlawanan tersebut.

"Jika kami bermain mengikut apa yang telah dirancangkan oleh jurulatih ketika sesi latihan, Insya-Allah kami akan dapat atasi pasukan Kedah," ujar beliau.

JDT bakal berdepan juara bertahan Kedah pada kempen perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Ini merupakan kali kedua JDT layak ke pentas final Piala Malaysia, selepas menjadi naib juara pada 2014 apabila tewas kepada Pahang 5-3 menerusi sepakan penalti.

 

Lihat Komen
ADS