Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
JDT memang kuat, mungkin 2-0, kata MB Johor
Diterbitkan:  Nov 3, 2017 7:03 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nordin meramalkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai peluang cerah untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah, pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam esok.

Katanya, beliau mendoakan mudah-mudahan skuad Harimau Selatan itu berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu selepas kali terakhir Johor merangkul gelaran itu apabila mengalahkan Selangor 3-1 di pentas final di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 1991.

"JDT memang kuat. Mungkin (menang) 2-0," katanya kepada pemberita selepas merasmikan premis Ar-Rahnu dan Bangunan Wisma KOOPJB, milik Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru, di Dataran Larkin, di Johor Bahru hari ini.

Beliau turut berharap ribuan penyokong Johor yang akan bertandang ke Stadium Shah Alam supaya berhati-hati dalam perjalanan dan menyaksikan perlawanan dengan penuh semangat kesukanan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS