Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Bashah umum ganjaran buat pemain Kedah esok
Diterbitkan:  Nov 3, 2017 7:07 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Beberapa perkara penting berkaitan isu semasa sukan bola sepak negeri termasuk jumlah ganjaran kepada pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning yang berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia akan diumumkan Menteri Besar Kedah esok.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pengumuman itu dijangka dibuat dalam satu majlis makan tengah hari bersama pemain di ibu negara.

“Bola sepak tunggu esok...esok saya akan buat pengumuman di KL (Kuala Lumpur) semua sekalilah esok masa jumpa dengan pemain waktu makan tengah hari, termasuk ganjaran kalau kita menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara ‘Peluang Keusahawanan Wanita Komuniti Cina’ di Alor Setar hari ini.

Juara bertahan Piala Malaysia itu akan berentap dalam perlawanan akhir dengan pasukan JDT di Stadium Shah Alam, malam esok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS