Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Kedah janji cuti untuk negeri, imbuhan buat pemain
Diterbitkan:  Nov 4, 2017 4:39 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Pemain Kedah dijanjikan RM50,000 seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia mengalahkan JDT malam ini.

Janji itu diperakukan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Kedah akan bertemu JDT pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini.

"Selain imbuhan kewangan, KFA turut akan membawa pasukan Kedah untuk bermain di perlawanan persahabatan menentang kelab luar negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pemain," katanya pada sidang media pada majlis makan tengah hari bersama pemain dan pegawai pasukan Kedah di Shah Alam.

Jika menang, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan turut mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS