Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Bintang Liverpool titip doa dari jauh buat Kedah
Diterbitkan:  Nov 4, 2017 4:50 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

PIALA MALAYSIA | Selain ratusan ribu penyokong Kedah skuad itu turut mendapat kata-kata semangat daripada bintang Liverpool, Emre Can, menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Menyampaikan pesanan melalui video, Can, 23, berkata Kedah boleh memenangi Piala Malaysia jika mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan memiliki keyakinan diri.

"Hello Kedah, saya doakan yang terbaik untuk anda. Saya harap kamu boleh memenangi perawanan akhir ini," katanya.

Pesanan itu dimuat naik di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Untuk rekod Can ialah pemain kebangsaan Jerman berdarah Turki.

Can ialah rakan kepada salah seorang pemain Kedah, Liridon Krasniqi, 25, yang berasal dari Kosovo.

Semasa beraksi di Stadium Shah Alam malam ini Liridon melengkapkan kemunculannya yang ke-100 bersama Kedah.

Pasukan Helang Merah itu adalah juara Piala Malaysia tahun lalu dan cuba mempertahankannya daripada dibawa ke selatan oleh JDT.

Lihat Komen
ADS