Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Selama 40 tahun, tak pernah dengar pemain mencarut'
Diterbitkan:  Nov 5, 2017 10:58 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali kesal tindakan kapten pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencarut kepada pengkritik pasukan itu semalam.

Khalid Ali menyifatkan perbuatan Safiq Rahim itu sebagai kurang sopan dan tidak harus dibuat secara terbuka.

“Selama 40 tahun saya bergelar pemain bola sepak, rasanya tak pernah dengar lagi ada pemain yang mencarut kepada penyokong lawan,” katanya lapor Harian Metro.

Carutan itu dirakam dalam video berdurasi satu minit dan menular di media sosial ketika meraikan kemenangan JDT membawa pulang Piala Malaysia malam tadi.

Menerusi rakaman yang tular, kapten Harimau Malaya itu mengatakan "all the haters are punde* yang ditujukan kepada pengkritik JDT.

JDT menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Menyifatkan Safiq sebagai “lepas geram”, Khalid berkata selebriti sukan sepatutnya tahu lumrah pemain bola sepak terdedah kepada sanjungan mahupun kritikan.

"Selama saya bermain bola sepak dulu bersama-sama Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sekalipun, tak pernah kami hentam balik penyokong. Tapi kalau terhadap pemain lawan ketika bermain, itu biasa.

“Cuma apa yang dibuat Safiq agak memeranjatkan kita apabila mencarut kepada penyokong dan pengkritik lawan,” katanya.

Lihat Komen
ADS