Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Badminton: Pelapis akan berlatih dengan senior tahun depan
Diterbitkan:  Nov 10, 2017 3:57 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Semua pemain pelapis dan remaja negara akan berlatih bersama pemain senior di Akademi Badminton Bukit Kiara, Kuala Lumpur, bermula Januari depan, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata langkah tersebut bagi memastikan pemain muda mendapat kemudahan serta khidmat sokongan terbaik sama seperti pemain senior serta dapat menggilap bakat pemain muda secara berterusan dengan latihan lebih intensif.

Katanya, BAM mempunyai tujuh pemain juara remaja dunia namun mereka gagal menyerlah di pentas senior.

"...untuk itu kita harus konsisten dari segi pelaksanaan khidmat sokongan seperti sains sukan dan latihan intensif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM peringkat negeri di Dewan Persatuan Badminton Kedah, di Alor Setar hari ini.

Liga remaja selama dua hari itu menampilkan 186 pemain serta 21 pasukan dari 14 sekolah di negeri ini.

Juara peringkat negeri akan layak ke pusingan akhir peringkat kebangsaan dari 4 hingga 7 Jan ini dengan johan kebangsaan akan diserapkan ke akademi tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS