Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Senarai kini lengkap, undian berlangsung Dis
Diterbitkan:  Nov 16, 2017 7:25 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Senarai negara yang bakal bersaing untuk merebut keunggulan Piala Dunia pada tahun depan kini lengkap 32 pasukan.

Diketuai skuad kebangsaan Russia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 dijangka akan membuat orang ramai terkenang-kenang beberapa pasukan yang selama ini mewarnai kejohanan empat tahun sekali itu.

Selain Belanda yang menjadi naib juara pada edisi 2010, skuad Azzurri juga gagal melayakkan diri selepas mereka dikekang Sweden dalam perlawanan timbal balik beberapa hari lalu.

Peru menjadi negara terakhir mengisi kuota kejohanan berkenaan semalam.

Undian untuk menentukan kedudukan pasukan masing-masing dalam kejohanan yang bakal berlangsung mulai 14 Jun hingga 15 Julai 2018 itu akan diadakan di Moscow pada jam 6 petang (11 malam waktu Malaysia) 1 Disember ini.

Fifa menggunakan kedudukan negara peserta dalam ranking dunia untuk menentukan pasukan pilihan yang diasingkan dalam empat bekas berasingan untuk diundi nanti.

Mereka kemudian akan diundi semula untuk dipisah-pisahkan menjadi lapan kumpulan untuk bersaing di Russia nanti.

Berdasarkan kenyataan Fifa empat bekas yang akan diundi esok ialah:

Kumpulan 1:

  • Russia
  • Jerman
  • Brazil
  • Portugal
  • Argentina
  • Belgium
  • Poland
  • Perancis

Kumpulan 2:

  • Sepanyol
  • Peru
  • Switzerland
  • England
  • Colombia
  • Mexico
  • Uruguay
  • Croatia

Kumpulan 3:

  • Denmark
  • Iceland
  • Costa Rica
  • Sweden
  • Tunisia
  • Mesir
  • Senegal
  • Iran

Kumpulan 4:

  • Serbia
  • Nigeria
  • Australia
  • Jepun
  • Maghribi
  • Panama
  • Korea Selatan
  • Arab Saudi
Lihat Komen
ADS