JDT guna khidmat dua pemain muda

   

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat persiapan awal dalam usaha meraih lebih banyak kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan, dengan mendapatkan khidmat dua pemain muda – Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata kelab berkenaan berasa bangga untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain berkenaan yang beraksi dalam skuad bawah 22 tahun negara.

Mengambil Mohamed Syamer sebagai contoh, Prest berkata pemain berkenaan boleh beraksi di dua atau tiga posisi yang sesuai dengan corak permainan pasukan JDT.

“Pemain berkenaan adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang kami, dan kami gembira dia beraksi bersama kelab kami," kata Prest seperti dipetik dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

“Kami juga gembira Adam menjadi sebahagian daripada projek besar kami.

“Beliau memahami projek (bola sepak) kami, memiliki karakter untuk melakukan yang terbaik, meningkat menjadi pemain yang bagus dan mempunyai keazaman untuk merangkul kejuaraan,” kata Prest. -Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.