Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Rogol berkumpulan: Robinho kena penjara 9 tahun
Diterbitkan:  Nov 24, 2017 11:39 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Bekas penyerang AC Milan dan Real Madrid, Robinho dihukum penjara sembilan tahun di Itali semalam selepas didapati bersalah atas dakwaan merogol secara berkumpulan, menurut laporan media tempatan.

Kejadian dikatakan berlaku pada Januari 2013, ketika Robinho masih beraksi untuk Milan dalam persada Serie A.

AFP melaporkan bintang bolasepak Brazil itu yang kini berusia 33 tahun itu didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan serangan seksual ke atas wanita Albania berusia 22 tahun.

Lima suspek lain turut didakwa atas kesalahan sama tetapi hukuman ke atas mereka belum dipastikan.

Menurut akhbar harian Milan, Corriere della Sera, Robinho dan lima rakannya menyebabkan wanita itu mabuk.

Mereka kemudian didakwa melakukan hubungan seks berulang kali secara berturut-turut dengan wanita itu.

Robinho mengaku tidak bersalah dan dia masih boleh merayu berhubung hukuman penjara berkenaan.

Robinho kini beraksi untuk kelab Brazil, Atletico Mineiro.

Lihat Komen
ADS